Wednesday, May 13, 2015

#7

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Olla guyss...petang ya...(sebab time I tulis ni sekitar lepas lunch). Harini...I nak kongsi also, nak remindkan diri sendiri sejak bila I terlibat ngan kancah membace dan terjerumus kepada membaca blog ni...(...heheheheee).

Lets rollsssss :::

Seingat I la, first time I dikancah mula membaca ni, I suka baca buku investigation...time tu dajah 3, 4. I selalu lepak library sekolah. kenkadang tu curi masuk library gak. alaaa...pengawas bukan jaga sangat library tu. I nyorok nyorok je disebalik rak buku yang takde la tersusun sangat pun...huhi. I tak ingat sangat tajuk buku tapi ade la tajuk cam tiga sekawan, lima sekawan, tujuh sekawan, pastu ade nama hadi ape tah. banyak series gak buku ni kay. entah ade lagi ke idok dalam library skang, hahahaaa.

then, bila I meningkat remaja dalam dajah 6 ke form 2...I layan magazine. kekonun bajet nak update sangat pasal artis, pasal trend. sesambil tu I layan gak manga. cam ujang, gempak. I suka lepak kedai buku, I cari tempat buku yang ada kartun tu...biasa dibuat by lats (tu je I ingat nama, kehkehkeh) dll lagi ah.

Haaa...pastu I belajar gi cyber cafe. masa tu form 3. time tu cyber cafe mahal siakkk...(...bagi bebudak la, heheheh). mostly I main game. time tu game online ngah hot - dota. tapi I masuk guna account adik I. kejap je pun I giler game. dalam setengah tahun pastu, I bosan. I mula search apa sahaja kat yahoo (time tu mostly guna yahoo lagi...pm yang hot zaman I dipanggil ym). dari situ la I start kenal blog. memula tu I just baca je semua blog sampai la I jumpa blog ni eppy eoshi. dari dia I tau, rupanya ramai yang senget, terbalik dan main sembunyi sembunyi dalam blog. So start situ I mula cari n cari. search and search.
assume eppy eoshi tu list no 1 i...so seterusnya i suka tgk dalamgobok , sekapal , uzair , malaysianPLUstory dll lagi. dll tu sebab I tak follow selalu sampai hafal la nama blog diorang macam yang dilistkan kat atas. heheheeeee.

I start follow eppy eoshi ni lama...dari dia rasa and admit sampai sekarang not sure dia dah berubah ke tak, tapi atas sebab dia tu kerja sebagai pembimbing sekarang,,, dia semakin low profile.
sama gak cam uzair tu. dulu banyak cerpen senget dia buat, yang mana banyak gak dia dah hidekan. sekarang dia jadi sasterawan, aktif dalam memertabatkan bahasa melayu, so orang dah semakin kenal dia. 

and lately i suka baca blog gay si nuqman dan si kamen. sebab bila i search for Lesbian blog, banyaknya dah terbiar. atau last post 7, 8 bulan lepas. yang still active pon eppy eoshi tu tapi tu pun once a while. last post dia pun around 3 month before...(...eh jap...ape hai I ulas pasal blog orang ni).
hahaha.

So, kesimpulannya, nowdays i found active blog PLU yang gay je...still I interested nak ikut sebab we are in da same line brosss...(...high5 ciked). Bila baca blog korang ni kenkadang I rasa release sikit tense yang ada di otak ni.

Yerlaaa...I ni perempuan, lewat 20an lak tu...mostly of my friends dah kawin and dah beranak 4 paling banyak (yang I kenal la). hehehee... I ni hah orang asyik dok tanya ja. Ibu pun dah dari tahun lepas asyik tanya gak. tahun ni lak asal I sampai je umah, first soalan Ibu, mana calon? Nak je aku tunjuk Her n cakap : "ni ha calon tuk Ibu, boleh pinangkan dia tak?" (.....yeapss, bila I gi lawat Ibu, I usung Her sekali, sometimes, kuikuikui) boleh gittewww...? Mau pengsan Ibu I. Dah la dia pernah sound I : "Kakak jangan jadi Gay tau, kalau tak Ibu tak ngaku kakak anak Ibu. Jangan jumpa Ibu lagi", huuiii...sedih bak hang. so, I nafikan laa. "mana ada Ibu" , "belum ada jodoh" , "tengah cari la ni" (tengah sangat). hurmm...

I balik citer kat Her, n Her jadikan bahan kenekan I lak...sebab Ibu sebut GAY, bukannya sebut Lesbian. Hahahaa...senget nye Her!

Pssttt...lupe lak...since form 3 gak I suka baca novel cintan cintun, baca buku islamik dan alternatif books. Now, I lebih cari buku yang ilmiah. ada yang berat, ade yang ringan. apepun semuanya ikut mood... (...I kan perempuan...mood tu yang penting!). daaa...

 *** some details of me ***
perempuan yang lewat 20an, memulakan blog ke6 nya dan mengharapkan blog ini akan kekal selama yang mungkin, menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelapnya, yang sudah mempunyai someone dalam hidupnya, mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah, masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) yang terbaik untuk Allah. Sekian.
Share:
Read More

::: My Popular Posts :::