Friday, July 24, 2015

#17

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tukar Blog Template lagi. (Heheheee..)
Baru naik kerja lepas raya ni. Bosan la pulak sebab takda keje lagi.
So, menyemak la googling googling blog template simple simple yet awesome.
Bila takdak keja ni, lapan jam di ofis terasa seperti lapan hari. Chewww...penat dowww.

Sooooo...mempersembahkan the simplest template, the simplest coretan, (the simplest ever blog to be hacked too I guess...), tuan blog nya pun simplest jeee.

Oh ya...I potong rambut lagi.
Nah contoh yang I guna :

tuan gamba ni memang cantik, hohoho, ade rupa I ni...muehehe.
cuma I berkulit gelap sikit la, sekali imbas cam indian, dua kali imbas cam aishwarya rai.
(hambikkk bila I dah start perasan...bhahahaha)

So, niat nak memanjangkan rambut tergendala balik. Well, salahkan pompadour plus undercut style.
lagipun I memang tersangat suka berambut pendek.

SimplySiti is me! eh, terpromote Siti Nurhaliza lak. kikiki.

Daa... =)

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim(ah).
berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
(post terakhir yang akan mengandungi some details of me ini, serasa menyemak lak kan? ahahaa)
Share:
Read More

Tuesday, July 21, 2015

#16 Masih giler dengan coc

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk tak boleh blah...yupsss. I peminat tegar phone game - Clash of Clans aka COC.

Setakat ke hari ini, I ada 5 acc coc. gilerkan? pernah gaduh ngan Her sebab coc je. katanya I lebih pentingkan coc dari dia. 2 kali kot Her merajuk sebab coc dalam tahun ni. muahahahahaa...coc je punnn.

I kenal coc since lewat akhir tahun lepas. 1st kampung tu rasanya open dalam bulan 10 / 11 kot...tak ingat sangat.

Anyway, just nak share, kalau korang nak join Clan I search clan tag seperti dalam gambar dibawah yeaaa...also, I saje up gamba kampung I. Tak havoc lagi.





 1st clan


 2nd clan


 3rd clan


 4th clan


 5th clan














*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

#15 Syawal yang kelima untuk tahun 1436 Hijrah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aiiiii chu olsssss...How's raya? okay tak?

As for me...I gembira. sebab at last...i dapat gak kemaskan dapo umah Ibu. Dah 4 tahun dok berazam nak kemaskan dapo Ibu, last nite...I did it!!!
Ibu n Abah takde. Gi raya kerumah sedara mare. I lak, tak dapat follow sebab since semalam dah start kerja. so i projek la mengemas. Harini diorang akan balik. Hopefully Ibu suka la I kemas dapo dia tu. Huiii...I tak tido okay. Lepas kemas mata I segar bugar sampai la sekarang ni. Tapi badan la rasa penat...sakit sakit sebab duk angkat pinggan berat berat. Kaca kottt...

Well, banyak gak la benda I buang, tapi semua tu bekas plastik makanan yang selalu beli kat luar tu. Ibu ni jenis penyimpan. So, berlambak lah bekas dan penutup bekas. semalam I tapis la semuanya. Yang ada penutup simpan asing, yang takda penutup simpan gak as bekas guna sementara, yang tinggal penutup ja I terus tong sampahkan. yerlaaaaa...dah tinggal penutup ja, buat apa simpan? penutupnya tiada kegunaan bagi I.

Well, sebab I ni baru nak menaikkan diri sendiri. Financial memang tersangatlah tak kukuh, so I takda beli baju raya. Pagi pagi raya tu, Ibu bagi Jubah hitam kat I. dia kata "Nah, pakai ni. Kena iron sikit, tudung dalam tu pun iron la sikit", Hahaha...see, betapa sadisnya raya I untuk tahun 2015 ni.
Takpe, takpe...yang penting when comes raya, I with my families.

All the years you are so self important and the time to be with families is when RAYA AIDILFITRI!   (smile, smile)

Theme raya family kitorang is Jubah. Cuma, jubahnya tak sedondon. Next year I nak cari kain. buat Jubah dan Sedondon. hopefully apa I rancang tuk tahun depan ni jadi (andai umur panjang dengan izinNya...), huhi.

As for Her...Her kata pakai baju chocs...but bila tangkap gamba I tengok macam wane kelabu ja...anyway, Her is beauty as always (sebab tu la I boleh jatuh hati kat Her...hahaha), kembang lagi la Her.

I think tak lambat nak wish kan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
2015 / 1436
Maaf Zahir dan Batin
dengan ikatan tulus ikhlas, moga ikatan bertambah erat
(chewah)

 

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

Thursday, July 2, 2015

#14 Ramadhan dan Lailatul Qadr - pokok tunduk?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...dah 15 hari dah berlalu ramadhan. Well...to be truth...hari kedua ja I xdapat puasa...huhi. Sedihhh... (biasa orang suka, ye dak) sebab yerlaaa...awal-awal da potong mood I nak berpuasa. Cisss...

Tapi puasa kesembilan I dah start balik (yeayyyy). suka laaa...sebab pikir gak, bila lagi boleh nak beramal? Time bulan Ramadhan ni la...dengan malam Lailatul Qadr nya.

I ingat ada satu malam...minggu terakhir Ramadhan, time tu I form 5. Sekolah Teknik. Biasa, kitorang tarawikh dekat tempat perhimpunan. Bentang la tikar n sejadah atas jalan tar tuuu.
Hah...berbalik kat satu malam tuuu... dalam ingatan I, Lepas rakaat keempat kita akan baca Doa kan...so time tu, I nak regangkan badan I ni. I kebelakangkan badan I. Disebabkan I duk saf paling belakang. Belakang I tu lak ade pokok apa tah, tapi pokok tu tinggi and satu batang je. Masa I kebelakang tu I nampak pokok tu cam senget. I mean macam dia tengah rukuk or tunduk. Lama I perati secara dongak camtu. I tak puas hati, I pusing secara elok. I pandang pokok tu balik. Tapi, pokok tu steady lak tegak. Tak macam masa I kebelakangkan badan and mendongak tadi.
Then, I nak pastikan I ni tak khayal, I buat badan I macam memula tadi. But, kalini pokok tu tegak je. Tak seperti memula I tengok. I rasa pelik. Heheh.

Then, I just ignore je la...tak cerita pun kat orang. Tapi I still teringat, sebab macam interesting la. Time I tengok macam tu, I tak rasa takut pun. Cuma time tu I terfikir, 'wahhh...pokok pun tengah solat'. hahahaaa...itu yang I fikir.

Masa I kat Kolej, dah tau pasal internet ni, I lepak la CC. Ade satu masa tu I nak dengar tazkirah, haaa...jangan nak macam macam eh, I dengar tazkirah kat CC tau...tak pasti orang nak buat ke tak. Sebab I ni jenis segan nak ke masjid. sebab tak bertutup kan? Islam kat Malaysia ni lak banyak pantang larangnya bila masuk Masjid. Kalau dia tengok kita ni melayu, pastu tengok kita pakai atas bawah dulu. kalo tak kena gaya, dicebiknya kita. huiii...makan hati baiii.

Okay berbalik pada tazkirah tu...I dengar-dengar pasal banyak perkara, sampai la tajuk 'Lailatul Qadr'. I just dengar je laaa...part yang I macam teruja bila ustaz tu cakap, malam Lailatul Qadr tu, pokok pun akan sujud. Hanya orang yang terpilih sahaja boleh nampak dan I terimbas balik apa I experience dulu. Rasa teruja dalam masa sama I rasa Syukur. Kalau betul macam yang dicakap. Tapi serius, rasa bahagia malam tu. Keadaan pun tenang. tak panas, tak sejuk. sangat sangat sangat tenang.
Sampai la sekarang, baru la I nak ceritakan secara umum ni. orang kata sharing is caring. =)

Anyway, I hope I masih panjang umur dan bertemu Ramadhan lagi. I hope, I buat amalan yang diterima Allah. Even ada part yang I mungkin sangat kurang, I yakin hanya Allah kenal I sebagai hambaNya. Orang lain yang memandang, yesss...please keep judging. atleast I dapat pahala free. huhi. (riaknya I...)

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

#13 tv series semasa I membesar

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dulu I peminat tegar dan serius dengan tv drama series. selalunya tv3 petang petang dulu dalam pukul 6 sampai pukul 8 malam, adalah waktu I and tv. togetherness we be in love. bhahahah...

Duuuluuu...laaaaa, yang dah lebih kurang 14 tahun lepas.

whoaaa...lamanya aku tak layan drama dengan serius? I layan drama series chinese kay. I guess start dari penghujung tahun darjah 3, lepas I keluar dari sek agama swasta awal tahun tu sampai lah ke form one or two kot. tak ingat.

apa yang I ingat tentang cerita favorite I tue lagu theme nya...terngiang-ngiang kat telinga ni ha...last last i search youtube...so hasilnya, I melepek depan PC ofis ni layan balik semua citer-citer tu...bhahahaha.

Okay, tajuk citer chinese movie yang I touching sangat tengok...
  
The Legend of Condor Lovers


Serius dulu giler sangat ngan cerita ni, tak pernah miss. Balik sekolah, salin baju, buat air panas, buat nestum. Sambil minum nestum layan drama cina ni. Futuristik kay...yerlaaa...pasal kungfu, terbang-terbang... pas tengok tu mesti nak ikut je gerak kungfu nya. hihihi...kelakar je rasa skang bila ingat balik.

Then ade la beberapa cerita cina pastu, masuk la pulak citer korean dalam malaysia ni.
The 1st Korean drama...mesti korang tauu...jeng jeng jeng



Winter Sonata - Only you (그대만이)


Hahahaa...and so on la cerita korean pastu. I layan sampai autumn in my heart je...pastu dah malas.

Inilah drama yang temani I masa membesar dulu.

Sekarang?

Huiiii...sekarang I layan AXN, Astro channel. Kat situ la kenal Omputeh drama Series lak. Macam House, Leverage, Revenge, Scandal, Merlin, Desperate Housewife and banyak lagi la...Reality TV Show pun layan.

Sekarang tengok based on moods. tua-tua ni kan. swing cepat. kehkehkehh....

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

::: My Popular Posts :::