Thursday, July 2, 2015

#14 Ramadhan dan Lailatul Qadr - pokok tunduk?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...dah 15 hari dah berlalu ramadhan. Well...to be truth...hari kedua ja I xdapat puasa...huhi. Sedihhh... (biasa orang suka, ye dak) sebab yerlaaa...awal-awal da potong mood I nak berpuasa. Cisss...

Tapi puasa kesembilan I dah start balik (yeayyyy). suka laaa...sebab pikir gak, bila lagi boleh nak beramal? Time bulan Ramadhan ni la...dengan malam Lailatul Qadr nya.

I ingat ada satu malam...minggu terakhir Ramadhan, time tu I form 5. Sekolah Teknik. Biasa, kitorang tarawikh dekat tempat perhimpunan. Bentang la tikar n sejadah atas jalan tar tuuu.
Hah...berbalik kat satu malam tuuu... dalam ingatan I, Lepas rakaat keempat kita akan baca Doa kan...so time tu, I nak regangkan badan I ni. I kebelakangkan badan I. Disebabkan I duk saf paling belakang. Belakang I tu lak ade pokok apa tah, tapi pokok tu tinggi and satu batang je. Masa I kebelakang tu I nampak pokok tu cam senget. I mean macam dia tengah rukuk or tunduk. Lama I perati secara dongak camtu. I tak puas hati, I pusing secara elok. I pandang pokok tu balik. Tapi, pokok tu steady lak tegak. Tak macam masa I kebelakangkan badan and mendongak tadi.
Then, I nak pastikan I ni tak khayal, I buat badan I macam memula tadi. But, kalini pokok tu tegak je. Tak seperti memula I tengok. I rasa pelik. Heheh.

Then, I just ignore je la...tak cerita pun kat orang. Tapi I still teringat, sebab macam interesting la. Time I tengok macam tu, I tak rasa takut pun. Cuma time tu I terfikir, 'wahhh...pokok pun tengah solat'. hahahaaa...itu yang I fikir.

Masa I kat Kolej, dah tau pasal internet ni, I lepak la CC. Ade satu masa tu I nak dengar tazkirah, haaa...jangan nak macam macam eh, I dengar tazkirah kat CC tau...tak pasti orang nak buat ke tak. Sebab I ni jenis segan nak ke masjid. sebab tak bertutup kan? Islam kat Malaysia ni lak banyak pantang larangnya bila masuk Masjid. Kalau dia tengok kita ni melayu, pastu tengok kita pakai atas bawah dulu. kalo tak kena gaya, dicebiknya kita. huiii...makan hati baiii.

Okay berbalik pada tazkirah tu...I dengar-dengar pasal banyak perkara, sampai la tajuk 'Lailatul Qadr'. I just dengar je laaa...part yang I macam teruja bila ustaz tu cakap, malam Lailatul Qadr tu, pokok pun akan sujud. Hanya orang yang terpilih sahaja boleh nampak dan I terimbas balik apa I experience dulu. Rasa teruja dalam masa sama I rasa Syukur. Kalau betul macam yang dicakap. Tapi serius, rasa bahagia malam tu. Keadaan pun tenang. tak panas, tak sejuk. sangat sangat sangat tenang.
Sampai la sekarang, baru la I nak ceritakan secara umum ni. orang kata sharing is caring. =)

Anyway, I hope I masih panjang umur dan bertemu Ramadhan lagi. I hope, I buat amalan yang diterima Allah. Even ada part yang I mungkin sangat kurang, I yakin hanya Allah kenal I sebagai hambaNya. Orang lain yang memandang, yesss...please keep judging. atleast I dapat pahala free. huhi. (riaknya I...)

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

#13 tv series semasa I membesar

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dulu I peminat tegar dan serius dengan tv drama series. selalunya tv3 petang petang dulu dalam pukul 6 sampai pukul 8 malam, adalah waktu I and tv. togetherness we be in love. bhahahah...

Duuuluuu...laaaaa, yang dah lebih kurang 14 tahun lepas.

whoaaa...lamanya aku tak layan drama dengan serius? I layan drama series chinese kay. I guess start dari penghujung tahun darjah 3, lepas I keluar dari sek agama swasta awal tahun tu sampai lah ke form one or two kot. tak ingat.

apa yang I ingat tentang cerita favorite I tue lagu theme nya...terngiang-ngiang kat telinga ni ha...last last i search youtube...so hasilnya, I melepek depan PC ofis ni layan balik semua citer-citer tu...bhahahaha.

Okay, tajuk citer chinese movie yang I touching sangat tengok...
  
The Legend of Condor Lovers


Serius dulu giler sangat ngan cerita ni, tak pernah miss. Balik sekolah, salin baju, buat air panas, buat nestum. Sambil minum nestum layan drama cina ni. Futuristik kay...yerlaaa...pasal kungfu, terbang-terbang... pas tengok tu mesti nak ikut je gerak kungfu nya. hihihi...kelakar je rasa skang bila ingat balik.

Then ade la beberapa cerita cina pastu, masuk la pulak citer korean dalam malaysia ni.
The 1st Korean drama...mesti korang tauu...jeng jeng jeng



Winter Sonata - Only you (그대만이)


Hahahaa...and so on la cerita korean pastu. I layan sampai autumn in my heart je...pastu dah malas.

Inilah drama yang temani I masa membesar dulu.

Sekarang?

Huiiii...sekarang I layan AXN, Astro channel. Kat situ la kenal Omputeh drama Series lak. Macam House, Leverage, Revenge, Scandal, Merlin, Desperate Housewife and banyak lagi la...Reality TV Show pun layan.

Sekarang tengok based on moods. tua-tua ni kan. swing cepat. kehkehkehh....

*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.
Share:
Read More

::: My Popular Posts :::