Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah...dah 15 hari dah berlalu ramadhan. Well...to be truth...hari kedua ja I xdapat puasa...huhi. Sedihhh... (biasa orang suka, ye dak) sebab yerlaaa...awal-awal da potong mood I nak berpuasa. Cisss...
Tapi puasa kesembilan I dah start balik (yeayyyy). suka laaa...sebab pikir gak, bila lagi boleh nak beramal? Time bulan Ramadhan ni la...dengan malam Lailatul Qadr nya.
I ingat ada satu malam...minggu terakhir Ramadhan, time tu I form 5. Sekolah Teknik. Biasa, kitorang tarawikh dekat tempat perhimpunan. Bentang la tikar n sejadah atas jalan tar tuuu.
Hah...berbalik kat satu malam tuuu... dalam ingatan I, Lepas rakaat keempat kita akan baca Doa kan...so time tu, I nak regangkan badan I ni. I kebelakangkan badan I. Disebabkan I duk saf paling belakang. Belakang I tu lak ade pokok apa tah, tapi pokok tu tinggi and satu batang je. Masa I kebelakang tu I nampak pokok tu cam senget. I mean macam dia tengah rukuk or tunduk. Lama I perati secara dongak camtu. I tak puas hati, I pusing secara elok. I pandang pokok tu balik. Tapi, pokok tu steady lak tegak. Tak macam masa I kebelakangkan badan and mendongak tadi.
Then, I nak pastikan I ni tak khayal, I buat badan I macam memula tadi. But, kalini pokok tu tegak je. Tak seperti memula I tengok. I rasa pelik. Heheh.
Then, I just ignore je la...tak cerita pun kat orang. Tapi I still teringat, sebab macam interesting la. Time I tengok macam tu, I tak rasa takut pun. Cuma time tu I terfikir, 'wahhh...pokok pun tengah solat'. hahahaaa...itu yang I fikir.
Masa I kat Kolej, dah tau pasal internet ni, I lepak la CC. Ade satu masa tu I nak dengar tazkirah, haaa...jangan nak macam macam eh, I dengar tazkirah kat CC tau...tak pasti orang nak buat ke tak. Sebab I ni jenis segan nak ke masjid. sebab tak bertutup kan? Islam kat Malaysia ni lak banyak pantang larangnya bila masuk Masjid. Kalau dia tengok kita ni melayu, pastu tengok kita pakai atas bawah dulu. kalo tak kena gaya, dicebiknya kita. huiii...makan hati baiii.
Okay berbalik pada tazkirah tu...I dengar-dengar pasal banyak perkara, sampai la tajuk 'Lailatul Qadr'. I just dengar je laaa...part yang I macam teruja bila ustaz tu cakap, malam Lailatul Qadr tu, pokok pun akan sujud. Hanya orang yang terpilih sahaja boleh nampak dan I terimbas balik apa I experience dulu. Rasa teruja dalam masa sama I rasa Syukur. Kalau betul macam yang dicakap. Tapi serius, rasa bahagia malam tu. Keadaan pun tenang. tak panas, tak sejuk. sangat sangat sangat tenang.
Sampai la sekarang, baru la I nak ceritakan secara umum ni. orang kata sharing is caring. =)
Anyway, I hope I masih panjang umur dan bertemu Ramadhan lagi. I hope, I buat amalan yang diterima Allah. Even ada part yang I mungkin sangat kurang, I yakin hanya Allah kenal I sebagai hambaNya. Orang lain yang memandang, yesss...please keep judging. atleast I dapat pahala free. huhi. (riaknya I...)
*** some details of me ***
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
seorang wanita. muslim (ah). berumur lewat 20an.
memulakan blog ke-6 ini dengan harapan blog
ini akan kekal selama yang mungkin.
menjadi diary hatinya untuk
dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi
gelap.
yang mempunyai someone dalam hidupnya.
yang mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang
perasaan yang dimiliki itu salah dan yang masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) terbaik disisi Allah. Sekian.

0 comments:
Post a Comment