Thursday, May 7, 2015

#1 Permulaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam hidup I ni terlalu banyak permulaan yang telah I tempuhi
Ada permulaan I yang diakhirnya Berjaya, tapi selalunya Tak Berjaya (hahahahaa). Biasa la kita ni manusia, mana pernah nak perfect 100% kan?

Sejarah I and berblogging ni dah lama sebenarnya. I suka menulis, I pernah hasilkan hampir 5 blog sebelum ni, yang mana semuanya I deletekan.
Sebab?
Memula je I rajin...lama-kelamaan kemalasan itu melanda. I ade satu sifat tak bersungguh-sungguh (kenkadang.....yerla disebabkan I ade komitmen lain yang lagi penting, sebab tu la, okiee).

1st blog I sebab bosan masa permulaan masuk form 4, masa tu la I belajar semuanya pasal blogging. tapi tula....2 / 3 bulan after that I busy dengan study (kekonon nak jadi akauntan cemerlang mesia), terbiar la blog. delete.

bosan lagi bila tunggu result SPM buka 2nd blog, 2 / 3 bulan after that I busy lak ngan part time kat one of the café di The Mines, terbiar lagi blog. delete.

masa awal-awal masuk Kolej buka 3rd blog, 2 / 3 bulan perkara sama juga jadi sebab semakin busy ngan study and social life (yang saaanggaattt soooo syiialll...yerla time remaja belia la kita nak cuba semua benda kan?), blog terabai. lastly delete.

4th blog ni lama sikit, hampir 7 / 8 bulan I rasa, sebab I jadi penanam anggur lepas Diploma. and just buat part time kat café The Mines balik. Basically apa I merapu time tu ialah pasal life yang sucks sangat sebab time tu baru nak bina kerjaya, rutin harian yang membosankan dan cakap pasal si dia aka Ms.Ex! (yeah time tu masih dengan Ex-G...now I had the real G yang U olsss hanya akan kenal dia sebagai "Her" selepas ini...hehehe)

Last blog which is my 5th blog, dalam 3 tahun lepas, bertahan dalam 4 bulan je. time tu sebelum I dapat tawaran jadi Management Trainee kat GCH Retail (M) SB yang mana lastly I tak diserap masuk pun...cehh.

Dalam kesemua blog tu, 3 blog is as Normal. I jadi diri sendiri, guna nama sendiri.
2 blog lagi, I buat email baru, kekonon nak rahsia sebab nak cerita mengenai sisi gelap I...(...bhahahahaa...)

Selain tu, I memang teramat suka la berblog walking tapi I tak pernah tinggalkan any footprint sebab I nak jadi pembaca tegar je. (pembaca yang baik menyerap segala ilmu, hadam dan buat conclusion sendiri...huhui)

So this is my start story.

My 6th blog.

Hope I dapat setia selamanya. This time I just want be in shadow. Sebab bila jadi shadow ni, menceritakan part sisi gelap takkan buat orang jijik sangat pada kita. Yeah sisi gelap I dimana I ni Perempuan yang menyukai Perempuan. or bahasa terusnya I ni Lesbian. hanya Orang Macam Kita (OMK) or People Like Us (PLU) je yang kenal dan faham apa I rasa. so, better I be shadow je. (baik untuk umum...kot)

Yang rasa boleh terima I tu, I ucapkan terima kasih bebanyak.

Yang tak boleh tu lak, samada U olsss baca sesenyap or abaikan je blog I ni terus kay. I publickan my blog ni untuk I dan tatapan I semata. at the same time I just nak share point of view dari diri I.
Segala kata kesat akan ditong sampahkan, akan diignorekan dan I akan bawa bersabar (moga-moga mudah je nak buat camtu nanti tanpa rasa sakit hati, huiii...).

So,
Welcome to my world guysss.
Have fun when ride in it.
Enjoy!

*** some details of me ***
perempuan yang lewat 20an, memulakan blog ke6 nya dan mengharapkan blog ini akan kekal selama yang mungkin, menjadi diary hatinya untuk dicoretkan segala kisah peribadi yang dari sisi cerah atau dari sisi gelapnya, yang sudah mempunyai someone dalam hidupnya, mengharapkan hubungan itu diredhai Allah walau pun terang benderang perasaan yang dimiliki itu salah, masih mencuba untuk jadi Muslim (ah) yang terbaik untuk Allah. Sekian.

I am ::: Homosexuality - WhySoSerious?

Share:

0 comments:

Post a Comment

::: My Popular Posts :::